Jabatan sains merupakan satu dari 5 jabatan yang terdapat di Maktab Rendah Sains Mara Sungai Besar. Jabatan sains mempunyai 4 unit iaitu unit sains teras, unit biologi, unit fizik dan unit kimia. Jabatan ini diterajui oleh ketua jabatan dibantu oleh 4 guru kanan setiap unit.

Setiap unit dilengkapi dengan kemudahan komputer riba, komputer meja,LCD projector dan makmal. Makmal - makmal sains pula dilengkapi dengan peralatan dan kemudahan asas untuk pengajaran dan pembelajaran yang di bantu oleh pembantu makmal.

Jabatan ini telah mengadakan pelbagai aktiviti untuk mempertingkatkan lagi minat dan pengetahuan pelajar dalam menempuh dunia Sains dan Teknologi yang semakin berkembang. Antaranya ialah:

Pesta Sains
Science Day' (minggu Aktiviti)
Pesta SEM Type III
ProSA (Program Score A)
Tunas Saintis
Hari Bumi
Peperiksaan Amali MARA Tingkatan 5
Ceramah dan Bengkel
Lawatan
Kem Biologi
Kuiz Sains & Matematik
Kuiz Astronomi
Pertandingan Robotik Kebangsaan
Actology-Petrosains National Theatre Competition
Pencerapan Bintang (Astronomi)
Pertandingan Roket Air