PENGENALAN


Sejajar dengan era globalisasi kini , kita perlu melaksanakan corak pendidikan yang menyeluruh dengan menekankan kepada pendidikan ke arah melahirkan pelajar yang Bijaksana, Islah/Ilmiah,Taqwa, Amal, RajululA'mal/Usahawan dan Atqan/Kualiti. Komitmen yang tinggi daripada semua pihak perlu untuk mengubah paradigma tersebut. Jabatan bahasa terbahagi kepada dua unit iaitu Unit Bahasa Melayu dan Unit Bahasa Inggeris.

OBJEKTIF

  • Mengeluarkan para pelajar yang mencapai kecemerlangan akademik yang    tinggi dengan penekanan kepada pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
  • Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi, bertanggungjawab , berketerampilan ,berdaya saing dan bersahsiah tinggi
  • Memupuk semangat kerjasama dan tolenrasi diantara guru untuk mewujudkan budaya kerja yang cemerlang
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT dalam pengajaran dan pembelajaran